Monday, October 27, 2008
Kenangan Terindah SMURU (Sekolah Menengah Ugama Rauzatul Ulum Langgar Kedah Darul Aman)
Selamat datang kepada warga smuru semoga dengan adanya blog ini dapat lah kita mengumpul semula memori lama suka duka semasa menuntut di sekolah dahulu. Kalau dahulunya mesti ada kenangan nakal yang pernah anda lakukan dahulu. Betul tak? hehe.. Itu semuanya asam garam semasa bergelar seorang pelajar dan ada juga yang dahulunya memang bergelar pelajar yang baik tingkah lakunya. Syukur Alhamdulillah.. Tapi itu semuanya sudah berlalu.. Semua kenangan yang pernah kita kecapi dimasa lalu semuanya indah belaka.. Meskipun pernah di denda oleh ustaz. Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Rahim.. Orangnya tinggi lampai, suka sangat denda pelajar.. Termasuk lah aku sekali.. hehehe :P . Bagi pelajar yang pernah tinggal diasrama pula, mesti banyak kenangan yang sukar di lupakan. Siapa yang tak kenal dengan MAT DESA, tukang hantar makanan kat asputra. Abg Mat ni suka sangat marah-marah kalau meja kat kantin tertumpah air sirap. Nasib la siapa yang pernah kena marah..hehe Erm.. aku macam pernah kena marah ker.. erm lupa lak.. hehehe.. Tapi paling best masa kat asrama dahulu, time boleh pergi ke pasar malam. Semua pakat smart2 termasuk aku la.. hehehe :P Masa ni la kebanyakkannya pelajar asrama dapat keluar ke pekan langgar semata-mata nak ushar awek asputri.. hehehe Mesti ada yang sedang mengingati kembali saat-saat indah.. hehehe.. Terlalu banyak kenangan yang sukar di lupakan.. Ku harap dengan adanya blogspot ini dapat lah lagi kita meramaikan kenalan-kenalan yang telah lama terpisah..
Subscribe to:
Comments (Atom)